Monday, December 21, 2015

FBSHApost@26 November 2015

Hidup ini banyak berasaskan contoh dan teladan. Justru itu bila Rasulullah S.A.W. diutus, baginda adalah seorang Insan contoh dari segala dimensi sebagai pemimpin, akhlaknya, kesabarannya, kelembutan dalam hubungannya, kelakuan dan hemahnya serta bersifat adil tiada tolok bandingnya. Oleh itu Allah menganugerah baginda sebagai rahmat di atas seluruh alam. Quran sendiri mengandungi berbagai contoh-contoh dan sejarah untuk kita teladani supaya menjadi manusia baik serta tidak sombong kerana kuasa, jawatan dan harta. Apa yang dimiliki insan itu milik Allah dan semua bersifat sementara. Lantas saya hairan bila ada di kalangan manusia yang terlalu bermegah-megah dengan kedudukannya dan suka bertanya pada orang yang melayaninya, "engkau tahu aku siapa", atau tentang siapa bos dia, dan memberitahu mengapa dia diberi tempat dan layanan istimewa. Atau mahukan orang jangan lupa tentang pangkat atau jawatannya. Bermegah tentang aku dan harta aku, maka kau perlu meletakkan aku di tempat yang layak untuk aku...marah jika dalam persepsinya layanan dan tempatnya tidak sesuai untuk jawatan, status dan hartanya. Wah wah fakir fikir hebat betul orang itu. Hormat dan mulia tidak mungkin dipaksa....tapi realitinya ramai yang lupa dan cepat mabuk dengan kedudukan dan harta. Fakir memerhati bila sedemikian jelata jadi marah dan bosan...dengan mereka yang sombong dengan kuasa, harta, jawatan atau keturunan...semoga Allah berikan taufiq dan hidayah pada orang sombong dan angkuh untuk kembali tawaduk. Aamiin.

FBSHApost@26 November 2015

No comments:

Post a Comment