Tuesday, August 18, 2015

UMNO DAHULU DAN SEKARANG


Ramai ahli-ahli UMNO yang terlibat dengan meletakkan Najib menjadi Presiden parti, Pengerusi BN dan PM Malaysia pada tahun 2009 pada 1hb April. Pada mesyuarat Kabinet Abdullah Badawi terakhir anggota Kabinet juga bersetuju untuk di anggap gugur secara automatik dengan perletakan jawatan Abdullah untuk memberi kebebasan pada Najib memilih pasukannya sendiri. Shahril memilih untuk membuatnya secara bertulis. Bagi yang lain anggota semua menerima doktrin dan prinsip bahawa setiap ahli kabinet adalah ahli kabinet PM. Justru bila ada perubahan PM dengan sendirinya ahli-ahli kabinet gugur bersama pemberhentian PM. 

Dengan cara itu maka peralihan kuasa berjalan licin dan lancar. Mengikut sejarah perkara ini berlaku di setiap peralihan kuasa dari zaman Tunku sehinggalah sekarang. Ini tidak bermakna tidak ada pergolakan politik tapi cara evolusi dipilih supaya parti dan kerajaan kukuh dan mantap. Saya mula-mula berjumpa Najib semasa dia berumur 16 tahun seorang penuntut dari sebuah public school yang terkenal. Saya pula seorang pelajar undang-undang di tahun akhir. Kemudiannya bila beliau menjadi MP dan bertanding exco Pemuda zaman Allahyarham ayahanda saya bertanding Ketua Pemuda. 

Bila Najib menang jawatan Naib Ketua Pemuda dan Pengerusi Biro Ekonom Pemuda beliau melantek saya sebagai Setiausha Biro. Masa itu saya Ketua Eksekutif BMB. Boleh dikatakan tiap hari saya berbincang dengannya tentang kedudukan ekonomi di bandar lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur. Bila saya menjadi ahli Kabinet Mahathir kami terus akrab. Seterusnya dia jadi TPM dan akhirnya PM dengan mudah dan cantik. Saya perhati ini semua dalam liku-liku dan perjuangan politik kita masing-masing. Saya tidak ada dalam Kabinetnya dan Ahli Parlimen di bawah pimpinannya menjadi asam garam pengalaman politik saya. Tahun 2010 beliau lantik saya sebagai Pengerusi pertama SPAD sehinggalah sekarang. UMNO dan BN sudah memerintah dari mula-mula lagi. Cabaran dan liku-likunya pun sudah berubah. Saya ingat semasa berbual di Pejabatnya pada tahun 2013 selepas PR13 beliau mengatakan seolah nostalgia masa lampau. 'Syed politik zaman orang tua kita dan sekarang sudah berubah...saya jawab itu betul tapi kita tidak dapat kembalikan zaman itu kerana permintaan dan tuntutan waktu kini juga sudah berubah'.

There are many of us who are the unsung heroes in the PM's journey in politic. Kita hanya dapat memerhati dan berdoa semoga segalanya selamat. Kita yg cintakan umno. 

FBpost@12 Jun 2015 


No comments:

Post a Comment